
Sulit
5 tahun
Saya berumur 22 tahun dan saya mengalami sakit senggugut yang sangat teruk setiap bulan. keadaan ini bermula sejak saya berumur 14 tahu
Saya berumur 22 tahun dan saya mempunyai masalah sakit senggugut yang sangat teruk setiap bulan. keadaan ini bermula sejak saya berumur 14 tahu. senggugut ini sering membuatkan saya hampir tidak dapat berdiri dan kadang kala menyebabkan seluruh badan saya menjadi sejuk. saya sudah cuba segala pantang makan minum, tetapi keadaan tetap sama. baru-baru ini, saya hanya datang haid selama 2 hari sahaja. adakah ini normal doktor? saya berasa takut untuk pergi ke hoslit untuk melakukan pemeriksaan. saya harap doktor dapat memberi pencerahan kepada saya. terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit semasa haid boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim.
- Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
- Adenomyosis-Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
- Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini ialah keterangan am bagi gejala yang anda hadapi. Terima kasih.