
Sulit
4 tahun
Saya berusia 42 tahun…sekarang ni saya mengalami sakit tekak dah masuk tiga hari
Saya berusia 42 sudah berkahwin…di sini saya nk tanya doktor saya mengalami sakit tekak dh masuk tiga hari…apakah harus saya lakukan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, sakit tekak boleh memberi banyak maksud. Berikut merupakan antara punca yang biasa dilaporkan disebabkan oleh sakit tekak:
- Radang tonsil (tonsilitis)
- Karang tonsil
- Jangkitan kelenjar air liur
- Radang tekak (laryngitis atau pharyngitis)
- Jangkitan telinga
- Jangkitan saluran pernafasan
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Ini hanyalah keterangan am kami mengenai masalah yang dihadapi oleh anda. Ia juga boleh berpunca daripada sebab lain yang tidak disebutkan di atas. Saranan kami adalah anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan seterusnya mendapatkan rawatan.
Pada masa ini, kami sarankan anda untuk memantau gejala anda dan sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mengalami gejala berikut:
- Demam
- Muntah-muntah
- Sakit kepala
- Nafas berbau
- Kesukaran bernafas
- Sakit dada
- Sakit tersebut mengganggu aktiviti harian dan tidur anda
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lain, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi di atas talian. Terima kasih.