
intanqaisarahana
5 tahun
Saya dah makan pastinor2..tapi haid saya tetap tak datang
Sya dah makan pastinor2…tapi haid saya tetap tak datang…
Soalan 1: adakah sayang dah mengandung
Soalan 2: apakak kesan sampingan terhadap kandungan saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, pil kecemasan ini boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan. Antaranya:
- muntah dan loya
- kitaran haid tidak teratur (haid anda lewat boleh menjadi kesan sampingan pil tersebut)
Jika anda mengambil ia dengan betul, 99% pil ini boleh mencegah kehamilan.
Untuk makluman anda, jika anda lewat datang haid selama seminggu atau 2 minggu dan anda mengesyaki anda hamil, anda disarankan untuk melakukan ujian kehamilan.
Sila klik pada link ini bagi mengetahui cara menggunakan Ujian kehamilan dengan betul.
“Bagaimana menggunakan alat ujian kehamilan”
Pil ini tidak memberi kesan sampingan kepada kandungan anda. Namun anda tidak disarankan mengambil pil ini jika anda disahkan hamil.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.