
Sulit
4 tahun
Saya dah sebulan tak period dan muka saya mula berjerawat pada bahagian dagu serta muka saya tumbuh bulu dan nampak jelas
saya berusia 19 dan saya sudah sebulan tak period dan muka saya mula berjerawat pada bahagian dagu serta mula tumbuh bulu dan nampak jelas…saya tak tau nak buat ape…saya jaga pemakanan dan minum air secukupnya tapi masih sama…saya dari kecik takde masalah jerawat…tapi sekarang terlalu banyak tapi cuma pada bahagian dagu:sob:

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah haid yang lewat.
Untuk makluman anda, haid lewat biasanya disebabkan oleh perkara berikut:
- Kehamilan
• Penggunaan ubat tertentu
• Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
• Senaman
• Tekanan yang berlebihan
• Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
• Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
• Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
• Awal kehamilan
• Penyusuan
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Bagi masalah jerawat dan bulu, saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi pemeriksaan lanjut. Untuk makluman anda juga, penyakit PCOS boleh menyebabkan jerawat tumbuh dan bulu juga tumbuh secara berlebihan.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.