
Sulit
4 tahun
Saya dah tak period selama 51 hari
Hai doktor. Saya belum berkahwin. Baru umur 19 tahun. Tapi saya dah tak period selama 51 hari. Saya sering senggugut. Saya tak pernah melakukan hubungan dengan sesiapa. Saya dah cuba ikhtiar dengan air halia dan jamu herba. Tapi masih tak datang juga. Saya dah cuba baiki waktu tidur and jaga pemakanan. Apa yang perlu saya buat ye? Saya student nak dapatkan perkhidmatan dekat swasta agak susah atas faktor kewangan.

4 tahun
Salam sejahtera terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, gejala haid tidak teratur ini selalunya merupakan perkara yang biasa dialami oleh segelintir wanita yang sihat, dan selalunya disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon wanita yang mempengaruhi kitaran haid. Namun, ia juga menandakan sesuatu penyakit yang mungkin dialami sekiranya perkara tersebut berlarutan atau disampingi dengan simptom-simptom lain seperti sakit payudara, masalah kesuburan, sakit senggugut yang tidak berkait dengan kedatangan haid serta penurunan berat badan yang mendadak.
Terdapat beberapa penjelasan atau faktor dan penyakit yang boleh menjelaskan masalah anda iaitu:
- Ketidakseimbangan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor
- Gangguan stress
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan yang tidak seimbang
- Jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ) atau jangkitan salur kencing (UTI)
- Penyakit sista ovari (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid. Ini selalunya disampingi oleh simptom-simptom tiroid seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim ( Endometriosis )
- Kanser ovari atau rahim
- Penyakit keradangan pelvis yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ). Namun, ia akan disampingi oleh sakit perut bawah pusat serta masalah kencing sakit.
- Masalah pendarahan yang boleh menyebabkan haid berpanjangan
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Kami sarankan anda mencuba demikian untuk memperbaiki kitaran haid anda iaitu:
- Kurangkan stress
- Amalkan pemakanan yang sihat mengandungi fiber dan vitamin
- Cukupkan rehat dan tidur
- Amalkan senaman yang seimbang (tidak kurang dan tidak lebih).
- Banyakkan minum air
- Kurangkan pemakanan yang kurang berkhasiat
- Kurangkan merokok dan minum alkohol.
Disebabkan gejala ini berlarutan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor anda mengenai perkara ini untuk mendapatkan siasatan kesihatan lebih lanjut bagi mengenal punca masalah anda, serta mendapatkan rawatan yang sesuai.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!