
Sulit
4 tahun
Saya dan pasangan saya berhubungan secara pancut luar dan hanya sekejap tapi saya merasa mual sudah hampir 2 minggu
Halo doc. Saya dan pasangan sya telah menjalani hubungan seks secara pancut luar dan hanya sebentar. Setelah air mani keluar, saya bergegas mencuci alat sulit saya. Adakah saya akan mengandung ? Setelah dekat 2 minggu, sya masih rasa mual2 pdhl hanya pancut luar. Boleh tahu kenapa dok? Tq

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda di atas, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pegetahuan anda, kemungkinan untuk anda mengandung masih ada walaupun pasangan anda tidak pancut ke dalam. Hal ini kerana terdapat kemungkinan sperma boleh didapati dalam cecair pre-cum (air mazi).
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am dalam hal ini, anda boleh berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Terima kasih.