
Sulit
4 tahun
Saya dapati bahawa zakar saya salah urat apabila terkene susatu , adakha ini akan smenyebabkan saya akan dapat penyakit dan tidak lagi berkebolehan untuk malakukan sex lebih lama?
Kejadian ini terjadi semasa ketika saya zakar saya mengeras kemudian sesuatu telah terkene kepada zakar sya kemudian saya dapat ada bunyi mcm crack atau letupan dari zakar saya , kedian zakar saya terus mengecut. Selpas beerapi kemudian saya dapati zakar saya tidak lagi boleh mengeras lama , tetapi masih boleh memgeras sekjap sahaja.apakah peluan saya untuk pih ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya tidak begitu memahami tentang apa yang anda cuba sampaikan. Faktor ketegangan zakar tidak dipengaruhi oleh trauma daripada luaran melainkan kemalangan besar sehingga menyebabkan luka yang dalam. Maka, sekali lagi saya tidak memahami tentang bunyi letupan dan “sesuatu” yang terkena pada bahagian zakar anda. Oleh itu, bagi membantu anda, anda harus memaklumkan maklumat lebih lanjut untuk saya mengenalpasti punca masalah yang anda alami ini. Masalah ketegangan pada zakar boleh disebabkan mati pucuk. Antara faktor-faktor penyebab adalah seperti:
- psikogenik - seperti stress, keresahan, hubungan bermasalah
- psikiatrik - penyakit keresahan, kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tingg, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- masalah organ sekitar seperti prostat dan spinal cord - amat jarang
- kesan samping ubat-ubatan seperti antihipertensi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.