dania94118
6 tahun
Saya hamil atau tak?
hai doc saya wan . saya nk tanya saya sudah lewat haid selama 12 hri saya cek upt line kedua saya teramat samar… saya nk tanya doc adakah saya hamil?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Anda boleh mencuba urine pregnancy test apabila anda lambat haid lebih daripada seminggu ataupun lebih. Namun, terdapat kemungkinan untuk ia negatif, antara sebab ia negatif adalah
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Anda boleh ulangi ujian upt atau terus ke klinik untuk mengesahkan sama ada anda hamil atau tidak.
Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan berkenaan kehamilan, anda boleh berbicara dengan doktor bertauliah kami pada pautan ini (DoctorOnCall). Terima kasih.





























