
Sulit
3 tahun
Saya hari2 pening kepala
Sy wnita 23, sy ni hari2 pening kepala doktor, stiap petang mesti pening…dan khayal…ape ubat atau petua…sy pnh gi check tp smua ok

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah pening kepala yang dialami sehingga ia mengganggu aktiviti harian anda. Namun jangan risau kerana kami akan membantu anda menyelesaikan masalah yang dialami.
Pening kepala ataupun dizziness merupakan perasaan di mana anda berasa diri anda berpusing atau terhuyung-hayang. Ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, seperti:
- Hipoglisemia (kekurangan gula di dalam darah)
- Anemia (kekurangan sel darah merah di dalam badan)
- Tekanan darah rendah
- Penyakit telinga dalam
- Benign paroxysmal positional vertigo (BPPV)
Ia juga boleh disebabkan oleh masalah perubatan yang lebih serius, seperti:
- Gangguan atau masalah serebelum (cerebellar disease)
- Strok
Anda disarankan untuk berhubung dengan doktor kami di atas talian untuk mendapatkan penjelasan mengenai keadaan anda dan juga supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.