
Sulit
4 tahun
Saya hendak bertanya tentang HIV dan takut terkena harap ada yang membantu
Salam, saya pernah terjebak dalam hubungan sejenis tapi tidak kerap melakukannya dan pernah berhubungan seks dengan pelacur menggunakan kondom 4 kali, saya pernah buat ujian kit test setahun yang lalu dan keputusan negatif, dan kini saya sudah bertaubat dari melakukan kedua dua aktiviti ini, tapi saya masih bimbang, adakah saya perlu cek lagi?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, “Human Immunodeficiency Virus” (HIV) merupakan sejenis virus yang menyerang sel-sel imun yang mempertahankan tubuh manusia daripada jangkitan. Risiko bagi penularan HIV melalui hubungan seksual kali pertama bagi pasangan yang kedua duanya negatif adalah tiada risiko walaupun tiada kondom digunakan.
Cara penyebaran HIV yang paling kerap adalah melalui hubungan seks tidak terlindung (seks melalui dubur atau faraj) perkongsian jarum atau peralatan suntikan dadah. Cara penyebaran HIV yang lebih kurang biasa adalah daripada ibu kepada anak ketika mengandung, melahirkan anak atau menyusukan anak.
Ketepatan ujian tersebut adalah bergantung kepada tempoh bilakah anda mengambil ujian tersebut. Hal ini kerana tempoh untuk Kit tersebut paling berkesan selepas 4 minggu. Oleh itu, jika anda ragu-ragu tentang tempoh tersebut, anda disarankan untuk mengulang semula ujian tersebut. Anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih