Sulit
6 tahun
Saya hiv dan ingin membuat iui
Saya wanita berumur 29 tahun dan menghidap hiv,dan telah berkahwin selama 3 tahun…dan belum menpunyai anak,saya dan suami ada buat ujian kesuburan,buat pengetahuan dr saya tiada masalah kesuburan tetapi sumi saya mempunyai masalah kesuburan iaitu dalam 30% sperma bergerak lambat,dan itumenyebabkan saya dn suami sehingga kini belum mempunyai zuriat…saya ada checkup dekat hospital kerjaan dan saya nak buat iui tapi malangnya bila saya pergi ke hospital kerajaan,doktor kata kalau ada hiv memang tak boleh buat iui…betul ke dr
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sebab mengapa IUI tidak sesuai bagi pesakit HIV adalah kerana risiko jangkitan HIV masih tinggi terhadap bakal anak kerana prosedur ini memberikan sperma terus ke dalam rahim. Kaedah lain yang boleh dicuba adalah dengan IVF, namun masih terdapat jangkitan HIV kepada anak anda setelah persenyawaan berlaku kerana hasil pertukaran darah anda dan anak. Oleh itu, anda disarankan untuk mereujuk isu ini kepada doktor pakar puan bagi membuat keputusan yang selamat bersama anda dan anak. Sekian

































