Sulit
3 tahun
Saya ingin bertanya,apakah sebab payudara kanan sebelah atas rasa sakit seperti kena jarum,rasa nyeri.suda letak ubat gosok tapi tetap sakit
Saya wanita umur 34tahun,masuk 2 hari suda rasa sakit payudara kanan sebelah atas…seperit di cucuk jarum,rasa nyeri sakit.suda letak ubat gosok tapi tetap juga sakit.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah kesakitan di bahagian atas payudara kanan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Mastitis
- Fibroadenoma payudara
- Radang payudara
- Lipoma
- Barah payudara - Lebih lazim dalam kalangan wanita yang lebih berumur sekiranya anda mempunyai gejala hilang berat badan, sejarah kekeluargaan atau benjolan pada payudara.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.





























