
lynery8781
5 tahun
Saya ingin bertanya untuk Pesakit cyst
Doctor…Saya berumur 32 tahun,Saya disahkan doctor pakar Ada cyst bersize 5cm,Dan lagi 3 bln Saya kena jumpa doctor lagi,boleh saya Tanya doctor apakah makanan yang boleh merawat cyst ini doctor ? Kerana Saya Ada banyak di google mengenai makanan yang boleh mengecutkan cyst ini,Saya keliru yang Mana satu,boleh doctor bagi penerangan pada Saya tentang makanan apa yang baik

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kista atau “cyst” ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti perubahan hormon, gigtan seranggan, jangkitan kulit, tisu fibre dan lain-lain. Untuk mengatasi masalah ini jenis dan punca kista ini perlu diketahui terlebih dahulu. Unutk merawatnya secara pemakanan, tidak terdapat makanan yang perlu dielakkan melainkan puncanya diketahui terlebih dahulu.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.