
Sulit
4 tahun
Saya ingin bertnyakan tentang kesesuaian saya untuk mengambil supliment kesihatan seperti centrum
Hi. Saya berumur 57 tahun. Saya mengambil ubat kencing manis dan juga ubat cair darah (aspirin) … Saya nak bertnya adakah saya sesuai untuk mengambil supliment kesihatan seperti centrum multivitamin???

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.
Untuk maklumat anda, centrum merupakan multivitamin dan ianya tidak berinteraksi dengan ubat kencing manis dan aspirin anda. Walau bagaimanapun, kami nasihatkan anda untuk berhubung dengan doktor atau pegawai farmasi sebelum mengambil suplemen tersebut kerana doktor dan pegawai farmasi memerlukan lebih banyak maklumat mengenai keadaan anda sebelum membenarkan anda untuk mengambil sebarang jenis suplemen.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Jika anda masih mempunyai kemusykilan, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk penjelasan yang lebih cerah daripada doktor kami. Terima kasih.