
Sulit
4 tahun
Saya ingin hamil dan bagaimana caranya
Saya wanita lewat 30an.saya berkeinginan untuk mendapat anak manakala suami tidak.saya buntu apabila pujuk suami pun masih tidak mahu.apabila bersama, dia melepaskan air maninya di perut saya.adakah peluang tinggi untuk saya mengandung jika saya mencalit air mani tersebut dengan menggunakan jari dan memasukkan ke dalam faraj? semasa persetubuhan berlaku, isteri tidak keluar air mani dan bolehkah terjadinya kehamilan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk makluman anda, seorang wanita boleh mengandung jika terdapat persenyawaan antara sel sperma dari air mani lelaki dengan sel dari ovari wanita. Perkara ini boleh berlaku melalui penetrasi ke dalam vagina semasa hubungan seksual. Namun, terdapat potensi wanita untuk hamil jika air mani lelaki berada mendekati bahagian vagina atau masuk ke dalam vagina melalui jari yang mengandungi air mani. Walaupun potensinya sedikit rendah, akan tetapi, ia tidak mustahil.
Walaubagaimanapun, anda digalakkan untuk berbincang semula dengan pasangan anda berkenaan hal ini. Atau jika anda ingin nasihat dan penerangan lanjut daripada pihak kami, sila klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.