
Sulit
4 tahun
Saya ingin tukar dari suntikan depo ke pil perancang
Hi doctor saya mengambil suntikan depo hampir 2 tahun. Next appointment saya adalah 16/9 tapi saya merancang ingin ambil pil perancang. Boleh saya tahu bagaimana saya boleh mula ambil pil perancang? Period saya juga tidak datang sejak saya dapat suntikan depo. Adakah saya perlu tunggu datang period baru boleh mula ambil pil perancang? Mohon penjelasan, Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami keinginan anda untuk menukar kaedah kontraseptif daripada penggunaan suntikan Depo-Provera ke pil perancang kerana anda mengalami haid yang tidak datang sejak suntikan tersebut.
Selalunya, penukaran daripada suntikan Depo ke pil perancang adalah dibenarkan. Cara untuk menukar tersebut boleh dilakukan sehari selepas suntikan Depo yang sepatutnya diambil. Bermaksud jika anda telah mengambil suntikan Depo sebelum ini, anda sebolehnya tunggu sehingga suntikan seterusnya, tetapi bukannya mengambil suntikan yang baru tetapi mengambil pil perancang yang ingin digunakan pada keesokan harinya. Walaubagaimanapun, penukaran tersebut boleh sahaja dilakukan pada bila-bila masa sahaja, cadangan di atas adalah untuk keberkesanan yang maksima.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Walaubagaimanapun, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai gejala haid yang tidak datang yang berpanjangan seperti yang anda perihalkan di atas kerana perkara ini boleh menandakan penyakit yang serius atau merupakan salah satu kesan sampingan daripada penggunaan suntikan Depo-Provera yang berpanjangan.
Jika terdapat sebarang pertanyaan lebih, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.