
Sulit
4 tahun
Saya kena bisul dalam beberapa tahun lalu (3 or 4 years ago roughly) and sekarang masih ada
Salam doc, saya nak tanya, saya dalam beberapa tahun ni ada bisul di badan saya kadang ada yang pecah sendiri dan kadang ada yang saya pecahkan asal ada “mata” pada bisul itu. Jadi persoalan saya sini adalah, apakah kesan kepada diri saya yang berapa tahun sudah kena bisul dan tidak pernah ke klinik atau hospital untuk dapatkan rawatan? Dlm setahun boleh kena dalam 10 kali kebawah.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Bisul merupakan nanah yang terkumpul dalam satu rongga yang sangat menyakitkan.Bisul disebabkan oleh bakteria pada rambut folikal dan sekeliling kulit yang mana pada mulanya muncul sebagai jerawat. Bakteria yang paling biasa membentuk bisul dipanggil Staphylococcus aureus.
Rawatan yang boleh diambil adalah :
- Anti-biotik yang bersesuaian (semasa).
- Melakukan demahan suam untuk menggalakkan aliran nanah.
- Pemberian ubat antibiotik secara oral atau suntikan berdasarkan keseriusannya.
- Melakukan pembedahan kecil untuk mengeluarkan nanah.
Bisul juga boleh dicegah dengan :
- Menjaga kebersihan diri dengan baik.
- Pastikan kulit sentiasa bersih.
- Basuh tangan sebelum menyentuh muka.
- Jangan berkongsi tuala mandi atau pakaian.
Elakkan dari menekan bisul kerana ianya bahaya boleh menyebabkan jangkitan kepada bahagian kulit lain atau aliran darah. Oleh sebab itu, ia meningkatkan risiko bisul yang berulang.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih