
Sulit
3 tahun
Saya kenapa ada masalah mcm ni dok?apa salah saya?
Dok,saya nak tanya kenapa bila bunyi ekzos yg kuat saya mudah terasa ye? Dulu2 rasa tercabar tapi bila sekarang mudah terasa mcm sukar bernafas? saya sendiri yg bunyikan ekzos, saya sendiri yg xselesa/sukar bernafas? apa patut saya buat dok? Ada ubat x untuk masalah saya ni? Kadang dengar budak menangis pun saya dah mcm mudah terasa pastu susah sikit nak nafas.bila marah sikit,takut sikit,saya mesti jadi mcm tu.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda rasa sukar untuk bernafas dalam sesuatu situasi, adakah ini betul? Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Stres berlebihan
- Kurang rehat
- gangguan emosi
Namun gejala ini boleh berlaku disebabkan perkara yang lebih serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut oleh doktor seperti:
- Masalah kelenjar tiroid
- Anxiety
- Bipolar disorder
Anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan pandangan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.