
Sulit
5 tahun
Saya kerap sakit dada, kadang-kadang ibu jari saya menggeletar dan baru hari ni mata saya bengkak
Saya umur 22 tahun. Saya selalu tertekan disebabkan banyak masalah yang saya fikir. Dan sampai satu tahap saya terlalu tertekan dan putus asa. Saya telah bertindak luar batas dengan mengambil lebih 50 biji ubat dari pelbagai janis ubat antaranya ubat ganstrik, sakit perut, senggugut dan lain-lain.saya pernah ulang 2 kali perkara ni. Dan kebelakangan ni saya tak boleh angkat berat macam dulu.tulang saya cepat sakit. Mohong penerangan doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit dada seperti yang dialami anda boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kurang darah (anemia)
- Gastritis
- Panic attack
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu rutin dan pekerjaan harian anda, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.