
Nazneen
6 tahun
Saya letih dan mengantuk. Adalah jangkitan HIV?
Hai doctor sy asik berasa letih n mengtok je dh dkt 2mgu apa kah tanda sy ni terkena jankitan hiv?sebab tahun lepas sy pernah melakukan hubang sex masa bercuti di bangkok …harapa doctor dapat mebantu sy

6 tahun
Hai. Salam sejahtera dan terima kasih kerana bertanyakan soalan ini.
HIV atau nama panjangnya Human Immunodeficieny Virus adalah sejenis jangkitan yang menyerang sistem pertahanan tubuh manusia. Ia boleh melemahkan daya tahan tubuh kepada penyakit dan seterusnya mendedahkannya kepada pelbagai jangkitan yang mengambil kesempatan terhadap situasi ini.
Selepas terdedah kepada jangkitan, seseorang itu akan mengalami beberapa simptom setelah 2 hingga ke 6 minggu. Demam, sakit sendi, batuk, sakit tekak, selsema dan cirit-birit boleh terjadi dan kebiasannya akan berlarutan lebih lama daripada demam selsema biasa. Walaubagaimanapun, pesakit akan menjadi sihat seperti sediakala selepas tempoh tersebut.
Keletihan dan cepat mengantuk boleh disebabkan oleh virus ini. Namun, terdapat banyak lagi sebab lain. Antaranya adalah penyakit kronik seperti diabetes/kencing manis, masalah tiroid ataupun anda banyak menggunakan tenaga dalam waktu yang terdekat, sebagai contoh sekiranya anda bertukar kerja kepada kerja yang lebih mengerah keringat. Diagnosis tidak dapat dibuat disini tanpa maklumat yang mencukupi dan oleh kerana itu, saya menyarankan agar anda segera bertemu dengan doktor bagi mengesahkan perkara ini.

6 tahun
Salam sejahtera.
Simptom-simptom awal jangkitan HIV dijangkakan boleh muncul 2-4 minggu selepas pendedahan awal. Ketika peringkat pertama jangkitan HIV (sindrom retroviral akut), kebanyakan simptom yang dialami adalah serupa selesema seperti demam, sakit kepala, sakit tekak, keletihan, sakit otot, kelenjar limfa yang membengkak dan ruam pada badan. Simptom-simptom ini boleh berterusan selama beberapa hari sehingga beberapa minggu dan kehilangan sepenuhnya.
Keletihan yang saudara alami berkemungkinan salah satu tanda HIV tetapi ia juga boleh disebabkan oleh banyak penyakit yang lain. Memandangkan saudara mempunyai risiko dijangkiti HIV, saudara patut ke klinik atau hospital berdekatan untuk diperiksa dan diuji.