
fatinnfantastic
5 tahun
Saya masih lagi batuk yang amat teruk tengah malam
Dr , sebelum ni saya ada tanya kenapa saya batuk & sakit tekak. Tapi saya dah buat apa dr suruh buat . Tapi batuk saya still sama jugak dr. Semalam saya gi klinik dan dr klinik tu check darah, semua okay. Sebab dia risau denggi, demam saya turun naik. Tapi yang saya hairan, batuk yang saya kene ni hanya waktu malam sahaja. Sampai sakit dada saya . Dan kandungan saya, perut saya sakit bila batuk . Saya nak tahan batuk takboleh, tekak saya macam ada benda. Gatal sangat. Saya risau kandungan saya kene apa apa. Sebab saya batuk tak henti tiap tiap malam sampai susah nak tidur. Saya risau effect kt kandungan. Please help me dr .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, hampir 50% ibu mengandung mempunyai keluhan sakit tekak yang terkait dengan heartburn. Hal ini terjadi kerana seiring dengan pembesaran rahim pada kehamilan, tekanan dalam perut juga bertambah sehingga menolak perut dan esofagus keatas. Maka, terjadi asid refluks yaitu apabila asid dan isi perut tertolak naik sehingga menimbulkan gejala-gejala seperti mual, muntah, dan kembung.
Terdapat ubatan yang boleh diberikan untuk mengatasi dan meneutralkan asid perut dengan dose yang ditetapkan doktor. Selain itu, ada beberapa hal yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangi masalah ini, antaranya:
- tinggikan posisi kepala saat tidur
- kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
- kurangkan makanan pedas
- bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
- elakkan makan sebelum tidur (3 jam)
Untuk mengetahui lebih lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih