
Sulit
3 tahun
Saya masih was2 dan takut. Saya cuma perlukan pendapat
Bulan 5 haritu saya melakukan sex dgn seorang lelaki dan dia tidak memakai kondom. Saya takut kerana saya tidak tahu sama ada lelaki itu +ve atau -ve HIV. sehingga sekarang saya tidak dapat apa² simptom berkenaan HIV. adakah saya terselamat dari terkena HIV. Tolong jelaskan.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kebimbangan anda dan akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, setiap hubungan seksual yang dilakukan tanpa perlindungan dan secara bebas walaupun hanya dengan 1 pasangan, mempunyai risiko untuk mendapat jangkitan penyakit kelamin seperti klamidia, sifilis, gonorrhoea dan juga HIV.
Walaubagaimanapun, anda boleh merujuk perkara ini kepada doktor dan membuat ujian HIV sekiranya anda masih risau. Anda juga digalakkan untuk melakukan hubungan seks secara selamat supaya anda tidak menjangkiti penyakit serius di masa hadapan.
Kami harap jawapan ini membantu.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.