
Sulit
3 tahun
Saya mempunyai masalah datang haid
salam sejahtera , saya berumur 13 tahun . Saya tak datang haid dari bulan 1 hingga bulan 7 . Bulan 8 haid datang mcm biasa, mula 18/8 dan abis haid 24/8 . Semalam 4/9 semasa saya kencing , ada keluar lendir keputihan bercampur darah , waktu tu je keluar , selepas tu tak ada keluar lagi

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah tidak datang haid selama 7 bulan dan sekarang anda mengalami masalah keputihan yang bercampur dengan darah. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, keputihan yang bercampur darah boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti :
- Jangkitan kuman pada sistem reproduktif
- Penyakit kelamin
- Fibroid
- Polip rahim
- Ketumbuhan pada serviks atau rahim
Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mengetahui punca sebenar masalah anda. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi bersama doktor kami secara atas talian mengenai perkara ini supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan