
Sulit
4 tahun
Saya mempunyai masalah zakar kebas selepas kerap melakukan onani melakuka
Saya lelaki berumur 21. Saya mengalami masalah zakar kebas. Sebelum ni saya kerap onani hampir setahun.urat zakat saya pun tidak lurus. Urat saya seakan terlipat Sekarang saya amat risau doktor. Boleh doktor beri penjelasan, saya berharap sangat doktor boleh jawab soalan saya. Terima kasih atas penjelasan doktor. Semoga doktor dimurahkan rezeki

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan yang diperihalkan di atas, terdapat beberapa penjelasan yang boleh diberi mengenai masalah kekebasan zakar serta ‘urat zakar yang tidak lurus’ iaitu:
- Kekebasan zakar boleh disebabkan oleh masalah pengsarafan pada zakar yang boleh berpunca daripada kecederaan, ubat-ubatan dan juga masalah khas seperti Multiple Sclerosis.
- Peyronie’s disease merupakan salah satu penyakit zakar dimana parutan tisu terkumpul di dalam zakar yang disebabkan oleh kecederaan. Ia juga boleh mengganggu pengsarafan zakar sehingga menyebabkan kekebasan. Ciri-ciri khas ialah zakar yang kelihatan bengkok.
- Penyakit kencing manis boleh mengganggu sistem pengsarafan secara am termasuk bahagian zakar.
- Penyakit yang mempengaruhi otak atau saraf tunjang.
- Mempunyai tahap hormon lelaki iaitu Testosterone yang rendah. Kemungkinan tahap hormon testosteron yang rendah boleh berkait dengan aktiviti beronani secara berlebih dan juga kekebasan pada zakar.
- Kemungkinan urat yang tidak lurus itu adalah bukan urat, tetapi salah satu tanda penyakit jangkitan STI atau penyakit Peyronie’s yang diperihalkan sebentar tadi.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah yang anda hadapi ini bagi mendapatkan penyelesaian yang sesuai. Sila pantau jika anda mengalami simptom-simptom lain seperti masalah kencing, kencing berdarah, mati pucuk, dan juga ketumbuhan ulser pada kawasan kelamin.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah