
Sulit
4 tahun
Saya mempunyai seorang bayi lelaki. bayi lelaki saya berumur 1 tahun 10 bulan kerap mengepit alat sulitnya menggunakan kaki selama berjam2
bayi lelaki saya berumur setahun 10 bulan. dia kerap mengepit alat sulitnya dengan kedua belah kaki. bila saya buka pampers dia, saya tengok alat sulitnya tegang pada ketika itu. sejak kebelakangan ni, saya perasan hampir setiap hari sebelum tidur dia akan mengepit alat sulitnya sehingga berjam jam lamanya sebelum terlena. kebiasaannya dia akan mengepit alat sulitnya ketika persekitaran agak sejuk. adakan itu normal atau anak saya mempunyai masalah pada alat sulitnya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda yang diperihalkan mengenai bayi anda, gejala kerap mengepit alat sulitnya mungkin merupakan perkara yang hanya normal dan tidak perlu dibimbangkan. Namun, kami nasihat anda untuk memantau kawasan celah kangkang bayi anda untuk memastikan tiada sebarang keruaman atau perubahan kulit yang aneh sebagai petanda jangkitan kuman atau kulat yang boleh dihadapi oleh anak anda. Kondisi tersebut dikenali sebagai diaper rash yang boleh disebabkan kurang penjagaan kebersihan pada kawasan punggung dan celah kangkang ketika memakai lampin.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.