Sulit
5 tahun
Saya mengalami alahan kegatalan kulit
Saya lelaki berumur 58 tahun dn mengidap diabetes level 2 sejak 2011.Saya mengambil suntikn insulin dn memakan ubat Janumet 50mg/1000mg 2x setiap hari.
Masalahnya saya juga alahan kepada gigitan serangga dn kulit saya menjadi berbintik2 merah dn gatal… Kekadang saya Garu dn menyebabkn luka dn berparut…Adakah rawatan
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, pilihan rawatan bergantung kepada punca gatal-gatal. Bagi orang-orang yang mengalami kulit kering, pelembap yang baik mungkin diperlukan.
Ekzema, dermatitis, atau “hives”:
Penyakit-penyakit ini dan keadaan kulit yang lain mungkin disyorkan untuk mengguna krim kortikosteroid oleh pakar kulit. Ia boleh digunakan pada kulit untuk membantu menghilangkan gatal-gatal. “Topical calcineurin inhibitors” dan antihistamin juga boleh membantu melegakan gatal-gatal.Alahan:
Antihistamin adalah ubat anti-alahan yang biasa digunakan. Contoh yang ada termasuklah Zyrtec, Claritin, dan Benadryl.
Untuk ubat-ubatan, sebaiknya anda dapatkan nasihat doktor dahulu berdasarkan evaluasi terhadap keadaan kulit anda.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.


































