
Sulit
4 tahun
Saya mengalami berak cair dan sakit perut di sebelah kanan pusat ketika mengurut perut . Sudah berminggu minggu seperti ini
Saya berumur 17 tahun perempuan, saya kerap makan kacang , sejak kebelakangan ini saya sering buang besar dalam keadaan najis itu cair dan di dalam najis saya ada makanan yang tidak hancur terutamanya kacang , padti masih ada disa sisa kacang yang tidak hancur , ketika daya cuba mengeluarkan angin dengan mengurut perut saya dapati sebelah kanan pusat saya sgt sakit dan agak menimbul ketika diurut.najis saya juga sukar dikeluarkan sehingga habis. Adakah ada kaitan dengan kacang yang saya makan dan bagaimana hendak merawatnya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
- GERD
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
- Kesan sampingan ubat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor anda lagi.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.