
zulfazri93
5 tahun
Saya mengalami Buasir dalam
Assalamualaikum Saya Mohd ZULFAZRI berumur 26,sya mengalami buasir dalam dah lebih sbulan dah beberapa Kali pergi klinik. Doktor Ada bgi ubat buasir, selepas hbis ubat yg dibagi Saya pergi lagi sekali ke klinik doktor bagi ubat masuk ke dalam dubur sebab dah Tak berdarah…selepas sya guna ubat tu bila Saya buang air besar is berdarah lagi sekali. Apa yg patut Saya buat Dan apakah ubat saranan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah buasir memerlukan rawatan yang berpanjangan. Perubahan gaya hidup membantu mengurangkan ketegangan pada saluran darah di dalam dan sekitar dubur anda. Antara cara mengelakkan masalah ini termasuklah:
- Meningkatkan jumlah pengambilan serat dalam diet secara berperingkat- sumber serat yang baik adalah seperti buah, sayuran, beras, pasta dan roti bijirin penuh dan juga kekacang.
- Banyakkan minum banyak cecair - terutamanya air putih dan cuba elakkan atau mengurangkan kafein dan alkohol
- Segera ke tandas sekiranya terasa ingin membuang air besar- hal ini kerana najis akan menjadi lebih keras dan kering jika anda melengahkan waktu ke tandas dan anda menyebabkan anda perlu meneran. Ini adalah salah satu risiko buasir.
- Elakkan ubat yang menyebabkan sembelit - seperti ubat tahan sakit yang mengandungi kodin
- Kurangkan berat badan
- Bersenam dapat membantu mencegah sembelit, mengurangkan tekanan darah, dan membantu menurunkan berat badan
Antara ubat buasir terdiri daripada krim dan suppositori yang boleh didapati dari farmasi tanpa preskripsi. Penggunaan krim steroid boleh mengurangkan kegatalan dan radang sekeliling dubur tetapi ia tidak membantu dalam merawat darah beku.
Penggunaan krim Hydrocortisone juga membantu menangani pendarahan disebabkan oleh buasir dalaman. Namun, penggunaan krim steroid untuk jangka masa yang berpanjangan adalah tidak digalakkan. Tanyakan kepada ahli farmasi anda tentang produk yang terbaik untuk anda.
Terdapat pelbagai pilihan rawatan untuk buasir yang teruk. Salah satu daripada pilihan ini ialah (Banding) . Prosedur bukan pembedahan ini dilakukan dengan menjerut jalur elastik yang sangat ketat di sekitar pangkal benjolan yang keluar untuk memotong bekalan darahnya. Benjolan tersebut akan tercabut sendiri selepas kira-kira seminggu.
Pembedahan boleh dijalankan dengan menggunakan anestetik umum. Anda akan tidak sedarkan diri semasa pembedahan ini berlaku. Pembedahan ini digunakan untuk membuang atau mengecilkan buasir besar atau luaran.
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.