Sulit
4 tahun
Saya mengalami demam 3 hari, batuk berkahak, selsema ,sukar bernafas, tidak dapat tidur nyenyak,sakit2 urat, dada sempit umur 28,berkahwin ,ank 2
28 thun, wanita, sudah berkahwin, anak 2 org
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Demam viral
- Jangkitan saluran pernafasan atas:
- Radang tonsil (tonsilitis)
- Radang tekak (laryngopharyngitis)
- Jangkitan telinga
- Serangan asma
Masih mengalami masalah batuk berkahak dan sesak nafas? Pakar paru-paru sedia membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor dengan segera supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana anda menyatakan anda mengalami kesukaran bernafas dan sakit dada
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.



































