
Sulit
3 tahun
Saya mengalami gastrik angin sehingga sesak nafas..sekarang semakin pulih cuma
Hai doktor saya berumur 17 tahun…3 minggu yang lepas saya mengalami gastrik angin sampai sesak nafas…saya dah ke doktor untuk ambil ubat…sekarang ia semakin pulih…sesak nafas makin berkurang…tapi bila waktu pagi saya akan tiba tiba rasa sesak nafas…tiba2 penat…tapi cuma jadi waktu pagi sahaja…malam x sesak pun…adakah sebab sejuk saya sesak nafas…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang gejala seperti sesak nafas pada waktu pagi. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Secara umum, gejala kesukaran bernafas pada waktu tertentu boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Masalah hidung tersumbat -lendir akibat selesema, atau perubahan cuaca yang sejuk
- Gangguan perasaan
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Trauma ataupun luka didalam struktur hidung
- Polip hidung
- Kelainan struktur rongga hidung
- Ketumbuhan dalam hidung atau kerongkong
- Sinusitis
- Jangkitan kuman, virus
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.