Sulit
2 tahun
Saya mengalami gejala nafas
Saya pun tak tahu adakah saya mengalami sesak nafas atau tidak…setiap kali saya bernafas saya perlu tarik nafas yang dalam…adakah itu tanda saya mengalami sesak nafas?? Atau itu tanda sakit biasa sahaja.
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Penyakit jantung
- Jangkitan injap jantung (infective endocarditis)
- Kekurangan darah atau anaemia
- Jangkitan paru-paru
- Barah paru-paru
- Kondisi psikiatrik seperti kebimbangan yang berlebihan (anxiety disorder) dan kemurungan (depression)
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.