
Sulit
5 tahun
Saya mengalami Hernia
Sy mengalami hernia dan tidak sampai tahap kronik, benjolan yang timbul di testis kiri akan hilang ketika baring…berapakah kos rawatan di hospital kerajaan ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Kami tidak boleh mengulas lanjut berkenaan dengan bayaran dan kos perubatan bagi masalah hernia kerana pilihan rawatan adalah berbeza mengikut keadaan sakit seseorang.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.