
Sulit
4 tahun
Saya mengalami keluaran lendir dan kurang buang air besar seperti biasanya
adakah saya akan hamil selepas bersama dengan pasangan saya , tetapi beberapa hari kemudian saya piriod seperti kebiasaannya

4 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira dalam menentukan kesuburan seorang wanita. Umumnya pasangan yang sihat serta hubungan seks yang dilakukan pada masa subur atau fertile window seseorang wanita mempunyai potensi tinggi untuk berlakunya kehamilan.
Bagi mengenalpasti keputusan kehamilan anda, anda dinasihatkan untuk melakukan ujian kehamilan semula dengan cara yang betul. Kecelaruan mengenai keputusan ujian kehamilan boleh disebabkan:
- Alat ujian rosak
- Hormon terlalu rendah
- Cara penggunaan salah
Yang pasti, haid merupakan salah satu tanda yang jelas tidak terjadi kehamilan, namun berdasarkan jalan cerita anda haid dan lendiran kelamin juga boleh disebabkan oleh
- tanda-tanda jangkitan kelamin
- gangguan pendarahan tubuh
- penyakit yang memerlukan rawatan susulan (i.e. PCOS, fibroid, dll.)
- penebalan atau polip pada lapisan rahim.
Justeru, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Dalam pada waktu yang sama, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.