
Sulit
5 tahun
Saya mengalami ketuat di cervix disebabkan selepas complete abortion
saya wanita dan brumu 24 tahun . saya pernah berkahwin dan gugur . selepas keguguran saya melakukan pengeluaran janin yang tertinggal di dalam rahim di kawasan hosital berdekatan . aselang beberapa tahun saya menghidapi ketuat . pada vagina sudah tiada tetapi saya dpt merasakan di cervix saya terdapat benjolan dan saya mengalami kelutihan teruk . boeh saya thu sama ada saya ada perawatan yg boleh diambil untuk elak perkara ini berlaku lagi

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala keputihan yang tidak menyenangkan boleh disebabkan:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan penyakit kelamin seperti klamidia
- kanser serviks
Agak sukar sebenarnya untuk seorang pesakit merasakan terdapat ketuat pada serviks kerana lokasinya yang dalam melainkan anda mengalami prolaps iaitu rahim atau serviks yang terkeluar daripada vagina. Maka, amat penting untuk mengenalpasti lokasi ketuat tersebut kerana lokasi memainkan peranan penting untuk memberi diagnosis kepada anda. Oleh itu, lebih baik anda menjalani pemeriksaan di klinik berdekatan untuk mengenalpasti lokasi sebenar ketuat tersebut.
Bagi mengurangkan gejala yang anda alami, beberapa kaedah boleh diambil:
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.