
Sulit
5 tahun
Saya mengalami kitaran haid yang panjang berbanding sebelum ini. Tetapi cecair yang keluar bukan berbentuk darah namun hanya cecair berwarna coklat. Sila bantu saya untuk memastikan sama ada cecair tersebut haid ataupun bukan
Saya wanita berumur 26 tahun. Sebelum ini kitaran haid saya adalah normal 7-8 hari. Namun, berbeza dengaan kitaran haid yang saya alami sekarang dimana hari ini sudah masuk hari yang ke 13. Tetapi, cecair yang keluar ialah cecair berwarna coklat cair . Saya keliru sama ada cecair tersebut ialah darah haid atau bukan. Saya perlukan kepastian daripada doktor. Tq.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sukar untuk saya membuat keputusan sama ada pendarahan yang anda alami berikut merupakan haid atau tidak.
Masalah spotting ini boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
Pendarahan implantasi kehamilan
Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Perimenopaus
Tisu endometrium
Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sekirana anda risau mengenai masalah ini kerana puasa, mengikut Islam pendarahan yang lebih dari hari ke-15 tidak lagi dikira darah haid dan anda sudah boleh mula berpuasa.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.