
Sulit
4 tahun
Saya mengalami masaalah jerawat pada zakar sudah lama
as’salamualaikum doktor,sy mengalami jerawat pada zakar,ubat ape yg perlu sy pakai,sebab jerawat ni dah lama,tidak sakit dan tidak gatal,cuma bagaimana sy nak hilangkan jerawat ni,terima kasih doktor

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Walaubagaimanapun, untuk makluman anda, masalah di zakar tersebut boleh disebabkan beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Jangkitan kelamin
- Jangkitan herpes
- Sifilis
- Kankroid
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- atau gangguan kulit yang lain
- gangguan kelenjar peluh (i.e. hidradenitis suppurativa)
- gangguan kulit (i.e. dermatitis)
- gangguan kelenjar minyak
Justeru ntuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).
Rawatan atau ubat lazimnya memerlukan diagnosis dan konsultasi doktor, namun buat sementara waktu kami sarankan anda untuk :
- berhati-hati ketika mencukur atau memotong bulu kelamin
- memakai pakaian dalam dari bahan kapas (baca: cotton undergarments)
- kurangkan bersentuhan dengan kawasan jerawat
- pastikan tangan dan barang-barang yang bersentuhan dengan luka betul-betul bersih
- amalkan cuci alat kelamin dengan bersih
Sekiranya gejala bertambah teruk atau anda sangat tidak selesa, di sarankan untuk berjumpa dengan doktor secepatnya.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah