
Sulit
4 tahun
Saya mengalami masalah kuat berpeluh
selamat sejahtera doktor. saya berumur 16 tahun dan sejak beberapa tahun dahulu sehingga sekarang saya kerap berpeluh di bahagian dahi,mulut,dan leher kadang kadang di bahagian tangan…keadaan ini berlaku ketika melakukan aktiviti sukan atau bersenam…tetapi saya berpeluh juga jika saya berjalan dan naik turun tangga sedangkan tidak berapa jauh…selain itu selepas 10 minit mandi saya akan keluar peluh di bahagian mulut dan dahi…kadang kala jika ingin keluar dengan memakai krim muka, ketika berjalan saya akan keluar peluh yang sangat mengganggu penampilan saya…kenapa saya mengalami keadaan begini?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala kuat berpeluh ini boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Primary atau Secondary.
Primary adalah disebabkan oleh kelenjar peluh (sweat gland) dalam badan anda amat aktif terutamanya semasa menjalankan sebarang aktiviti atau merasai emosi yang kuat. Dalam individu yang mempunyai Secondary hyperhidrosis, mereka selalu berpeluh semasa tidur dan sentiasa akan berkaitan dengan kehamilan atau penyakit yang lain seperti:
- Kencing manis
- Masalah tiroid
- Obesiti
- Jangkitan
- Gout
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.