
Sulit
4 tahun
Saya mengalami masalah sakit kepala yang berpanjangan
Hi dokter. Saya berumur 19 tahun dan mempunyai masalah sakit kepala yang berpanjangan. Bila saya baring atau pon duduk dan ingin bangun kepala saya akan pusing dan mata akan mula jadi gelap seperti ingin pitam. Adakah masalah sakit kepala saya berbahaya atau pon tidak?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit kepala yang berpanjangan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Perkara yang menyebabkan anda berasa hendak pitam dan mata menjadi gelap selepas bangun daripada baring berkemungkinan adalah tidak merbahaya. Jantung kita perlu mengepam darah ke seluruh badan termasuk kepala dengan lebih kuat ketika bangun lebih lebih lagi ke kepala. Hal ini kerana tarikan graviti menyebabkan darah sukar naik ke atas organ badan.
Sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan. Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer. Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder.
Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran atau otitis media. Sinusitis merupakan salah satu sebab utama sakit kepala jenis sekunder dalam kalangan rakyat Malaysia.
Antara simptom-simptom yang dialami oleh pesakit sinusitis adalah seperti sakit kepala, sakit pada bahagian muka, hidung tersumbat, hidung atau mata berair, demam dan juga muka menjadi merah. Sinus adalah ruang yang mempunyai udara dikelilingi tulang yang berfungsi untuk meringankan tekanan dalam kepala kita. Sinusitis akan terjadi apabila ruang yang mengandungi udara tersebut penuh dengan lendir yang dirembeskan apabila kita mengalami infeksi trakus pernafasan atas atau selsema yang berpanjangan. Disebabkan oleh itu, pesakit yang mengalami sinusitis akan berasa berat kepala dan tidak selesa dan sering kali penyakit sinusitis ini disalah anggap ianya sebagai serangan migrain.
Untuk mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih