
Sulit
4 tahun
Saya mengalami period yg tidak lancar
Saya wanita 16 tahun period dtng sewaktu saya berumur 10 tahun. Ketika berumur 12 tahun period saya setahun 2 3 kali sahaja datang… Sewaktu berumu 13 tahun. Period dtng seperti biasa tetapi hbis selepas 2 minggu… Sewaktu berumur 15 tahun period sekjap dtng sekejap tiada, sehingga dia keluar time kencing sahaja… Lepastu dia keluar mcm biasa… Tahun ini dia buat perkara yg same… Keluar time kencing… Kemudian selang sebuln dua dh oky, kemudian period sehari je, selebihnya keluar time kencing… Boleh doktor bagi penjelasan? Kenapa begini period saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sebelum rawatan boleh diberi, punca masalah anda haruslah diketahui. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang. SImptom yang lain termasuk bulu yang tebal atau lebat tumbuh di muka dan badan serta masalah kencing manis.
- Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.