Sulit
4 tahun
Saya mengalami sakit tekak selama 4 hari
Hi saya lelaki berumur 28tahun. Mengalami Sakit tekak 4 hari yg lalu. Tiada simptom demam, batuk, sesak nafas. Saya baru balik dari kuala lumpur pada 16/3/2020 dan terus self kuarantin selama 3 minggu… dan selama 3 minggu tiada gejala/simptom apa2. Setelah saya masuk kerja & perkerjaan saya adalah pergi ke site/kerja luar. Selepas sehari masuk kerja, saya mulai sakit tekak. Adakah itu tanda tandanya saya dijangkiti covid 19?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Saya memahami kebimbangan anda. Menurut WHO, simptom-simptom yang lazim dilapor ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)- Suhu normal ialah 36.5-37.5 darjah celcius
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Berdasarkan simptom yang anda alami iaitu sakit tekak, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain daripada jangkitan COVID-19, gejala anda boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan kuman atau virus lain (influenza)
- Allergic Rhinitis
- Alahan
- Radang tonsil
- radang pharynx
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.