
Sulit
4 tahun
Saya mengalami sembelit dan buasir
Salam doc,kebiasaan saya buang air besar sekali sahari kadang2 2 kali sehari,apa yang saya perasaan dah 4 bulan lebih saya buang air besar kadang2 3hari sekali,minggu ni ketika saya buang air besar tiba2 pedih dan dubur saya terkeluar semacam bengkak saya menggunakan jari untuk memasukkan semula selepas mencuci (sah buasir) hari tu jugak saya pergi farmasi beli ubat buasir selapas makan ubat buasir keesokkan harinya saya membuang masih terasa sakit tapi yang menjadi pertanyaan selepas makan ubat buasir ketika saya membuang najis saya bercampur dengan warna putih adakah itu nanah, dah 3 kali benda sama bercampur warna putih…syukur rasa sakit dah makin berkurang…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah yang dihadapi serta pengeluaran najis bersama pengeluaran lendiran putih di dubur serta disampingi oleh ketulan yan terdapat pada kawasan dubur. Untuk makluman anda, gejala yang anda hadapi mungkin boleh dijelaskan oleh beberapa perkara iaitu:
- Gejala buasir yang berlaku yang disampingi dengan jangkitan kuman pada kawasan tersebut.
- Ketumbuhan kantung cecair ( Abscess ) pada kawasan rektum atau dubur yang disebabkan oleh jangkitan kuman
- Penyakit keradangan usus seperti penyakit Crohn’s disease ataupun Ulcerative Colitis .
- Gejala fisur anal yang disampingi dengan jangkitan kuman ataupun disebabkan oleh masalah buasir
- Gejala fistula anal, iaitu satu perhubungan yang terhasil antara usus atau dubur, dengan lubang pada bahagian kulit kawasan luar dubur. Ini memberi risiko terhadap jangkitan.
Penyakit kanser usus pula akan menyebabkan gejala sembelit dan kekerasan yang boleh dirasai pada kawasan perut bawah (ketumbuhan kanser tersebut). Oleh itu, masalah anda mungkin tidak berkait dengan gejala kanser. Namun, penyakit-penyakit yang disenaraikan di atas seperti penyakit keradangan usus merupakan salah satu risiko bagi ketumbuhan kanser pada usus anda.
Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda dengan kadar yang segera bagi mendapatkan punca masalah yang lebih tepat bagi memperoleh rawatan yang sewajarnya.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.