
Sulit
4 tahun
Saya mengambil ubat antibiotik selepas makan durian
ada tak implikasinya saya memakan ubat antibiotik selepas memakan durian?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Setakat ini tiada masalah untuk anda mengambil ubat antibiotik selepas memakan ubat antibiotik.
Untuk makluman pihak anda, secara amnya, perkara yang anda perlu tahu ketika mengambil ubat antibiotik adalah:
Jangan pecahkan pil menjadi kepingan yang lebih kecil kerana ini dapat menghentikan beberapa ubat daripada berfungsi dengan baik.
Elakkan pengambilan ubat bersama jus buah, produk tenusu atau alkohol boleh kerana ia boleh mempengaruhi bagaimana tubuh menyerap beberapa ubat. Makanan atau makanan tambahan yang mengandungi mineral seperti kalsium juga boleh mengurangkan kesan antibiotik.
Sebilangan antibiotik disarankan untuk diambil pada waktu yang sama dalam sehari
Antibiotik dapat berinteraksi dengan ubat lain. Oleh itu, penting untuk memberitahu doktor anda sekiranya anda juga mengambil ubat lain.
Ubat harus dihabiskan mengikut arahan doktor anda
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.