
Sulit
4 tahun
Saya mengandung 4 minggu
Kalau boleh saya nak tanya saya baru pregnant dalam
4 minggu tapi ada sejarah 2 kali keguguran dan ada hypertyroid ,
Boleh ke saya dtg untuk buat scan atau tunggu 8 ke 9 minggu

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Pertama sekali, kami ingin mengucapkan tahniah atas kehamilan anda!
Kami memahami kebimbangan anda terhadap status mengandung beserta catatan sejarah perubatan anda yang menghidapi keguguran dan hypertiroid.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, terdapat banyak jenis scan yang boleh dilakukan terhadap ibu mengandung. Sekiranya scan yang puan maksudkan adalah antenatal ultrasound scan , maka prosedur ini boleh dikatakan selamat.
Secara amnya, semua prosedur perubatan mempunyai risiko. Tetapi, tiada bukti menunjukkan bahawa antenatal ultrasound scan yang dilakukan akan membahayakan ibu atau anaknya yang belum lahir. Oleh itu, prosedur ini dianggap selamat kerana tidak menggunakan radiasi, berbeza dengan prosedur lain, seperti X-ray yang menggunakan radiasi.
Namun begitu, bagi ibu yang tidak mengalami sebarang masalah ketika mengandung, sebanyak 2 atau 3 scan sudah memadai.
Sebaiknya, puan berbincang dan mengikut nasihat doktor anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian.
Anda juga disaran berjumpa dengan doktor pakar endokrinologi atau dengan doktor pakar sakit puan jika ingin maklumat lanjut. Kami berharap anda dan kandungan anda sentiasa dalam keadaan sihat sehingga tempoh kelahiran bayi anda.
Terima kasih.