nurfirdausizzat00
3 tahun
Saya menghidap multiple sclerosis
Boleh ke ambil protein shake atau whey protein kalau ada Ms?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, belum terdapat sebarang kajian yang membuktikan bahawa whey protein membawa efek buruk terhadap kesihatan pesakit MS. Justeru, pengambilan protein ini, selagi dalam batas nutrisi sederhana adalah tidak dilarang.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.





























