
norzainizulkefli
5 tahun
Saya menghidap penyakiy Ringworms
Selamat petang… Sy Norzaini Zulkefli berumur 32 tahun, 5 hari lepas badan sy naik merah-merah kemudian sy pergi ke hospital doktor mngatakan sy mnghidap alahan dan sy di beri ubat alahan, tetapi tidak berkesan, lalu sy pergi lagi ke hospital dan doktor mngatakan sy mnghidap ringworm, doktor memberi sy ubat sapu (miconazole) dan ubat pil (Albendazole) 200mg. Isteri sy ad sakit cagu kaki pd mnggu yg lepas. soalan sy adakah sakit sy ini berpunca dr isteri sy atau sebab lain dan adakah penyakit ini merbahaya. Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, penyakit “ringworm” adalah penyakit jangkitan kulat pada kulit. Ia boleh dirawat menggunakan ubat anti-kulat dan sekiranya dirawat tidak akan membahayakan pesakit. Mengenai sakit cagu kaki yang dihadapi oleh isteri anda, tidak dipastikan samada organisma yang menjangkiti kaki isteri anda adalah sama ataupun tidak. Oleh sebab itu, sekiiranya isteri anda juga dijangkiti kulat, maka adalah baik untuk merujuk beliau pada doktor ataupun bertanya pada kami di link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan perlu dilakukan. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.