
Reece
6 tahun
Saya menghisap darah seorang bayi yang tidak saya ketahui sejarah ibu bapanya dan mendapat simptom HIV
Saya mengalami simptom, ulser mulut, demam ringan berpanjangan, makan paracetemol, demam baik. Saya susah nak menelan makanan. Gusi bengkak. Pembengkakan kelenjar di leher, tetapi nampak surut selepas 2hari. Hari ke lima demam on off, saya mula batuk.
Saya dalam kerisauan. Lebih kurang 2minggu lebih lepas, saya ada menelan / menghisap (saya boleh anggarkan) dalam 2, 3 titik darah seorang bayi sewaktu saya potongkan kukunya, dan dia terluka. Bayi tersebut adalah anak angkat kepada seorang kenalan. Jadi saya tak tahu sejarah kesihatan ibu bapa sebenar bayi tersebut.
Adakah gejala yang saya alami adalah tanda hiv?
Kalau bayi tersebut penghidap hiv, bolehkah saya dijangkiti?

6 tahun
Salam sejahtera.
Untuk jangkitan ini ditularkan, cecair badan yang dijangkiti harus memasuki aliran darah seseorang yang HIV negatif. Oleh itu, jika bayi itu mempunyai HIV, titisan darah bayi itu harus memasuki aliran darah anda melalui luka terbuka atau ulser di dalam mulut anda sebelum anda boleh terjangkit.
Jangkitan HIV menyebabkan simptom-simptom yang tidak spesifik pada peringkat awalnya seperti demam panas, sakit tekak, sakit kepala, sakit otot, cirit-birit, pening, keletihan, ruam dan kelenjar limfa membengkak. Simptom-simptomnya boleh muncul 2-4 minggu selepas terdedah kepada HIV dan mungkin akan bertahan selama 1-2 minggu sebelum kehilangan sepenuhnya.
Walaupun simptom-simptom anda adalah agak-agak serupa simptom-simptom peringkat awal jangkitan awal HIV, simptom-simptom saudara juga boleh diakibatkan jangkitan lain yang lebih kerap seperti selesema. Saudara patut mengunjungi klinik atau hospital berdekatan untuk diperiksa. Beritahu doktor anda tentang kerisauan anda berkenaan jangkitan HIV dan anda boleh membuat permintaan bagi menjalankan ujian darah HIV untuk menyemak status anda. Ujian darah adalah cara yang paling tepat untuk mengesahkan HIV.