
Sulit
3 tahun
Saya merasa lemah dan tidak berdaya sejak beberapa hari lalu. Mengalami keletihan yang berpanjangan di waktu siang. Saya cuba sukar untuk tidur di waktu malam
Hi doktor, saya kerap melakukan seks dengan berlainan teman wanita dalam masa tempoh tertentu . Adakah ia boleh membawa kesan negatif atau perlu mengurangkan waktu melakukan hubungan intim bersama teman wanita ? Bersetubuh bersama 4 teman wanita dalam tempoh 2 bulan .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda mengenai gejala lemah badan yang berpanjangan dan masalah sukar untuk tidur setelah melakukan hubungan seksual bersama pasangan yang berbeza. Kami akan cuba untuk membantu anda mengatasi masalah yang dialami.
Untuk pengetahuan anda, melakukan hubungan seksual dengan pasangan yang berlainan merupakan aktiviti berisiko tinggi dan ia mendedahkan anda kepada pelbagai kesan negatif seperti mendapat jangkitan HIV dan jangkitan kelamin (sexually transmitted infection).
Kami sarankan anda untuk melakukan beberapa siri ujian untuk melihat tahap kesihatan anda dan juga mencari punca gejala yang dialami oleh anda.
Anda digalakkan untuk berhubung dan bercakap dengan doktor kami di atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut mengenai masalah yang dialami oleh anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.