Sulit
4 tahun
Saya merasakn ketidakselesaan pada dada kiri selalunya kadang kadang kanan. Bahagian belikat juga rasa tidak selesa
Hello. Saya lelaki berusia 20 tahun. Pada awalnya, kedua belah kaki saya mengalami semut-semut pada waktu petang dan keesokan harinya rasa semut-semut itu hilang tetapi rasa seperti cucuk-cucuk. Tak sakit tetapi tak selesa. Selepas itu, jari tangan saya mudah kecut walaupun hanya makan makanan berkuah dia jadi kecut. Kemudian saya merasakan dada belah kiri rasa tidak selesa tetapi tak sakit. Dada belah kanan juga terkadang rasa perkara sama & tidak selesa di ulu hati. Rasanya seperti gastrik pada ulu hati tersebut. Adakah ianya berpunca daripada sakit jantung? Saya merasakan tidak sihat seperti demam. Saya check degupan jantung normal & sudah check dr. Doktor kata bunyi degupan normal darah semua normal. Saya sejak kebelakangan ini tidur lewat ada masa tidak tidur malam. Tetapi saya tidur pada siangnya mohon pendapat doktor. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan kondisi anda sekarang seperti masalah jantung, paru-paru, sistem saraf, tulang dan penghadaman. Selepas mengambil kira usia dan jantina anda, punca-punca yang boleh menyebabkan kondisi anda termasuk:
• Pericarditis atau radang lapisan luar jantung
• Kekurangan darah atau anaemia
• Jangkitan paru-paru
• Asma
• Ketulan darah di saluran darah paru-paru atau pulmonary embolism
• Gastrik atau asid perut berlebihan
• GERD atau pedih ulu hati
• Keradangan kartilaj atau costochondritis
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Oleh itu, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Doktor akan menjalankan pemeriksaan dan ujian untuk mengenal pasti punca masalah anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi


































