
Sulit
5 tahun
Saya merupakan PUI D. Simtom masih tiada tanda lagi . Cuma 4 hari lrpas sakit badan sikit sahaja. Tidak serius
Saya berumur 23 Tahun. Saya bekerja di supermarket. Saya close contact dengan PUI C. PUI C self quarantine
. Menunggu result PUI B. Saya hanya mengalami bersin buat seketika waktu. Dan gatal mata sikit.Saya close contact PUI C last, pada 7 hari lepas. Suhu saya hari ini 35.1. Baru tahu hari ini.Perlukah pemeriksaan Covid 19? Apa langkah saya seterusnya?

5 tahun
Hi!
Terima kasih untuk soalan anda. Berdasarkan penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda berkenaan simptom selsema dan pening. Indonesia dan Vietnam tidak termasuk dalam negara yang berisiko tinggi untuk jangkitan COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 degree celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain daripada jangkitan COVID-19, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Masalah sinus
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/