
Sulit
4 tahun
Saya mohon penerangan doctor di Mana Saya baru buat procedure berikut..ia agak mengelirukan Saya
Can u explain what is procedure -Catheterization, venepuncture (adult), dilatation of cervix uteri & curettage of uterus, including polypectomy & diathermy of cervix.hysteroscopy.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gynecologist kami sedia membantu.
Catheterization adalah sebuah teknik bagi memasukkan tibu kencing kedalam saluran kencing pesakit
Venepuncture merupakan teknik pengambilan darah vena
Dilatation of cervix uteri adalah suatu prosedur yang boelh berlaku secara semula jadi seperti sewaktu wanita bersalin atau dilakukan secara manual dengan pemberian ubat-ubatan agar pintu rahim boleh dibuka dengan lebih luas
Curettage of uterus adalah prosedur cucian dalam rahim untuk merawat gangguan perdarahan, keguguran dan kelainan anatomi yang lain.
Polypectomy & Diathermy of cervix adalah prosedur untuk mengambil sebahagian dari lapisan kulit pintu rahim yang dikhuatiri boleh memudharatkan kesihatan (i.e. sel polip, sel kanser, dll.) dengan menggunakan teknik kateterisasi
Hysteroscopy adalah prosedur untuk melihat gambaran dan kondisi di dalam rahim dan pintu rahim seorang wanita, dengan menggunakan kamera yang halus, dimasukkan kedalam tubuh melalui lubang faraj.
Anda juga dinasihatkan untuk sering berbincang dengan doktor yang merawat anda, agar mereka lebih peka dengan kondisi kesihatan fizikal dan emosi anda. Hal ini penting bagi menjalinkan nilai kebersamaan dan kepercayaan antara satu sama lain. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !